Tuesday 5 May 2015

Lawatan ke Gua Tempurung

Gua Tempurung merupakan tempat yang dipilih oleh ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus Ipoh untuk melakukan aktiviti kecergasan fizikal dan emosi. lawatan ini dibuat pada hari terakhir program, iaitu hari Sabtu. Pakej yang dipilih ialah Tour 3: Top Of The World and Short River Adventure. Para peserta berada di dalam gua selama 3 jam. Setelah selesai aktiviti, para peserta mengurus diri, makan tengah hari dan bersiap untuk pulang ke kampus.







Seminar Penghasilan Blog

Seminar ini telah dijalankan di Makmal 1 IPG Kampus Ipoh dan dikendalikan oleh En Zaki. En Zaki memberi taklimat dan tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menghasilkan blog yang berkualiti dan menarik. Oleh itu, setiap peserta diminta untuk menghasilkan blog untuk dipertandingkan.

Amali Menyembelih dan Memasak Ayam

Amali menyembelih dan memasak ayam telah dibuat di dapur Pusat Islam Al-Hidayah. Peserta lelaki menyembelih 6 ekor ayam manakala peserta perempuan pula telah menyembelih 2 ekor ayam. Walau bagaimanapun, terdapat seekor ayam yang tidak dapat dimakan kerana tidak memenuhi syarat sah sembelihan. Peserta perempuan yang pula menyediakan bahan-bahan untuk memasak di dapur. Setelah selesai memasak, makanan dihidangkan kepada pensyarah-pensyarah dan guru-guru yang dijemput selepas selesai bicara muslimat. Kemudian, dapur dikemas.